Friday, 21 May 2021

 

NAMA: NUR SYAZWANI BT OMAR

NOMBOR KAD MATRIK: D20201094391

PROGRAM: ISMP PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN

SUBJEK: KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN

KUMPULAN: 16

NAMA PENSYARAH: PROF.DR.AMIR HASSAN DAWI


PENGENALAN

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Menurut Siti Najiha Bt Jamal dalam penulisan artikel jurnalnya yang bertajuk Pembelajaran Informal (Pembelajaran Di Luar Sekolah/Pembelajaran Persekitaran) menyatakan bahawa pembelajaran tidak formal merupakan pengambilan tempat di luar kurikulum yang disediakan oleh institusi formal dan non-formal serta beberapa program pendidikan. Dalam konsep 'pembelajaran tidak formal' ia adalah penting untuk diambil perhatian bahawa sengaja menggunakan perkataan 'pembelajaran' dan bukan 'pendidikan' kerana dalam proses pembelajaran tidak formal tidak ada institusi pendidikan. Jadi, pengajar dari institusi yang diberikan kuasa akan menetapkan kurikulum pembelajaran tidak formal. Ia juga adalah penting untuk diambil perhatian bahawa dengan mengatakan yang 'di luar kurikulum institusi pendidikan' dan bukannya 'di luar institusi pendidikan', kerana pembelajaran tidak formal juga boleh berlaku di dalam institusi pendidikan formal dan tidak formal (Schugurensky, 2000). Menurut The Campaign for Learning (2014), pembelajaran adalah satu proses penglibatan aktif dengan pengalaman. Ia adalah cara yang masyarakat lakukan apabila mereka mahu untuk memahami dunia. Ia mungkin melibatkan pembangunan atau pengukuhan kemahiran, pengetahuan, pemahaman, kesedaran, nilai, idea dan perasaan atau peningkatan kapasiti untuk berfikir. Pembelajaran juga boleh dipertimbangkan dari segi pembelajaran formal dan tidak formal, selari dengan definisi polarisasi masing-masing (Malcolm et al., 2003).

Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2000 selaras dengan saranan UNESCO yang menggariskan gaya pembelajaran berdasarkan “Four Pillars Of Education: Learning To Know, Learning To Do, Learning To Live Together and and Learning To Be”.

APA ITU PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH?

Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) bermaksud suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang dirancang oleh guru untuk menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang terancang dan sistematik. Aktiviti PLBD adalah berpusatkan kepada murid-murid bagi mengukuhkan dan melaksanakan kurikulum sekolah. Namun, terdapat beberapa keburukan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang dapat kita lihat.

KEBURUKAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH (PLBD)

Akibat penularan virus Covid-19, sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) telah dilaksanakan oleh guru-guru secara menyeluruh di seluruh negara Malaysia. Dalam konteks ini, pembelajaran dari rumah atau Home Schooling semakin berkembang dalam dunia pendidikan di negara Malaysia yang merupakan Pembelajaran Di Luar Bilik Darjah (PLBD) di mana ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan sesi PdPR. Oleh itu, terdapat beberapa keburukan yang terdapat dalam Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD).

1) Sikap pelajar itu sendiri

Dengan perkembangan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) pada zaman kini, pelajar-pelajar sekolah lebih gemar bermain permainan dalam talian dan melayari aplikasi yang tidak memberikan manfaat serta faedah kepada insan yang menuntut ilmu. Isu ini sama dengan apa yang berlaku kepada pelajar yang belajar dari rumah dimana pelajar yang bermain permainan atas talian akan tidur pada lewat malam. Hal ini, secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif kepada sesi Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) dimana pelajar tidak dapat menepati masa dan tidak mengahadiri kelas pada waktu pagi. Sebagai contoh, PUBG, Mobile Legend dan sebagainya.

2) Masalah jaringan internet

Sudah menjadi kebiasaan, pada zaman pandemik Covid-19 ini bahawa hampir keseluruhan pelajar di negara Malaysia mengalami masalah jaringan internet yang lemah. Hal ini, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar malah masalah internet sudah tentunya berlaku di kawasan-kawasan kampung dan luar bandar. Tambahan pula, pelajar-pelajar sekolah mempunyai masalah kekurangan data internet yang sedikit bagi menyertai sesi PdPR yang dilaksanakan oleh guru matapelajaran. Hal ini secara tidak langsung akan memberikan impak yang besar kepada keputusan peperiksaan penting. Sebagai contoh, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sebagainya.

3) Masalah gajet

Seterusnya, masalah gajet juga merupakan keburukan atau kekangan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD). Di zaman moden ini, setiap manusia memerlukan kepada penggunaan gajet atau telefon pintar dalam kehidupan seharian mereka. Dalam konteks ini, penggunaan gajet merupakan elemen yang sangat penting dalam melakasanakan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdPR) ketika di rumah. Oleh itu, terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah apabila mereka terpaksa berkongsi gajet dengan ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Ini kerana, terdapat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai jadi penggunaan gajet sangat terhad. Sebagai contoh, telefon pintar dan laptop. Gajet seperti ini merupakan alat telekomunikasi yang sangat penting bagi melakasanakan PdPR. Tambahan pula, ibu bapa mempunyai kerja-kerja yang perlu diselesaikan apabila kebanyakan rakyat Malaysia bekerja secara dari rumah atau Work From Home di zaman pandemik Covid-19 ini.

KESIMPULAN

Secara konklusinya, Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) mempunyai keburukan yang tersendiri apabila semua pelajar-pelajar hendaklah mengamalkan cara gaya pembelajaran baru dimana sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara maya perlu dilaksanakan oleh guru-guru. Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan di zaman pandemik Covid-19 ini kerana tidak semua para pelajar sekolah mamapu untuk memiliki gajet dan penggunaan data yang mencukupi amat diperlukan dalam sesi PdPR.

RUJUKAN

https://www.academia.edu/30520163/Pembelajaran_Informal_Pembelajaran_Di_Luar_Sekolah_Pembelajaran_Persekitaran

https://easeritanjong.blogspot.com/2008/04/pembelajaran-luar-bilik-darjah.html

https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/rencana/pembelajaran-di-luar-bilik-darjah-mempunyai-manfaat-besar-1.928026

 

No comments:

Post a Comment

  NAMA: NUR SYAZWANI BT OMAR NOMBOR KAD MATRIK: D20201094391 PROGRAM: ISMP PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN SUBJEK: KPS3014 PENGURUSAN PEMBE...